Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Majlis Keselamatan PBB berhimpun kali keenam bincang situasi di Gaza
  • GLOBAL

Majlis Keselamatan PBB berhimpun kali keenam bincang situasi di Gaza

Utusan Sarawak 2 years ago
MAJLIS terdiri 15 anggota itu dijangka menerima taklimat daripada Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Martin Griffiths serta Koordinator Khas PBB untuk Keamanan di Asia Barat Tor Wennesland.

NEW YORK: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkumpul dalam sesi tertutup semalam untuk membincangkan situasi di Gaza.

Majlis itu bersidang untuk sesi tergempar kali keenam sejak 7 Oktober atas permintaan Emiriah Arab Bersatu dan China, lapor Agensi Anadolu.

Majlis terdiri 15 anggota itu dijangka menerima taklimat daripada Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Martin Griffiths serta Koordinator Khas PBB untuk Keamanan di Asia Barat Tor Wennesland.

Sebelum sesi itu, wakil tetap Gabon ke PBB Michel Xavier Biang membuat kenyataan kepada media mengenai ketidakupayaan Majlis Keselamatan untuk mencapai persetujuan.

Biang berkata, persaingan antara kuasa besar merupakan satu daripada masalah paling asas selain ketidakupayaan untuk mencapai kata sepakat.

Beliau menekankan bahawa Gabon menyokong gencatan senjata kemanusiaan segera.

Bulan lepas, empat draf resolusi berbeza mengenai Gaza ditolak Majlis Keselamatan.

Sekurang-kurangnya 10,022 rakyat Palestin, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza.

Tentera Israel turut membunuh seramai 159 penduduk Palestin selain mencederakan 2,250 lagi dalam tempoh sama di Tebing Barat. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Perisytiharan keselamatan AI diumum pada sidang kemuncak UK
Next: 118 trak bantuan masuk ke Gaza melalui lintasan Rafah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.