Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majlis Daerah Siburan catat sejarah, 32 ahli majlis angkat sumpah
  • TEMPATAN

Majlis Daerah Siburan catat sejarah, 32 ahli majlis angkat sumpah

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SEDIA BERKHIDMAT… Dato Sri Roland Sagah merakamkan gambar bersama semua Ahli Majlis yang mengangkat sumpah.

KUCHING: Majlis Daerah Siburan mencatat sejarah apabila seramai 32 individu mengangkat sumpah sebagai ahli majlis bagi penggal 2025 hingga 2028, menjadikannya antara majlis daerah termuda di Sarawak.

Pelantikan pertama ini menandakan permulaan rasmi operasi Majlis Daerah Siburan yang baharu ditubuhkan, selaras dengan usaha memperkasa penyampaian perkhidmatan kerajaan di kawasan yang semakin pesat membangun itu.

Majlis tersebut diketuai Ranum Bari sebagai Pengerusi, manakala pentadbiran harian diterajui oleh Setiausaha, Hiew Lee Kong.

Majlis angkat sumpah yang diadakan pagi tadi turut disaksikan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Berucap pada majlis berkenaa, Roland, menekankan peranan strategik ahli-ahli majlis sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan dalam merealisasikan aspirasi pembangunan setempat.

“Saya menyeru semua ahli majlis untuk menunaikan amanah dengan penuh dedikasi dan integriti, terutamanya dalam memastikan perkhidmatan awam disampaikan dengan cekap dan berkesan kepada komuniti,” katanya.

Walaupun masih di peringkat awal penubuhan, Majlis Daerah Siburan dijangka berkembang pesat.

Menurutnya, aspek kewangan sedang disusun bagi membolehkan Majlis Daerah Siburan menerima peruntukan secara terus.

“Akaun rasmi majlis sedang dalam proses diwujudkan, dan sebaik sahaja siap, peruntukan daripada kementerian akan dapat disalurkan secara langsung untuk membiayai operasi harian dan pembangunan,” tambah beliau.

Penubuhan Majlis Daerah Siburan dilihat sebagai langkah penting dalam mengurus pertumbuhan pesat penduduk kawasan itu serta meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di peringkat akar umbi.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pelajar cemerlang SPM 2024 layak terima insentif tunai
Next: Tun Wan Junaidi santuni penduduk Kampung Matang Batu 10

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.