Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Majlis Aidilfitri MADANI Peringkat Sarawak cerminan keharmonian, toleransi
  • SEMASA

Majlis Aidilfitri MADANI Peringkat Sarawak cerminan keharmonian, toleransi

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan di Petra Jaya, hari ini. FotoBERNAMA

PETRA JAYA: Sambutan Majlis Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Sarawak, yang diadakan hari ini, mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam memperkukuh hubungan antara rakyat dan kepimpinan negara.

Sarawak menjadi destinasi kelima dalam siri Jelajah Aidilfitri MADANI 2025 selepas beberapa negeri lain, menjadikan sambutan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, sebagai simbolik usaha mendekatkan kepimpinan tertinggi negara dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Sarawak serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri, turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kehadiran kedua-dua pemimpin tertinggi negara dan negeri memberi makna besar kepada lebih 10,000 pengunjung yang hadir, terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ketua-ketua komuniti, pemimpin tempatan, dan warga Kuching.

Majlis yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni ini bertemakan ‘Ihsan Menyentuh Jiwa, Toleransi Menyatu Negara’, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memupuk nilai kasih sayang, hormat-menghormati, serta semangat kebersamaan merentasi perbezaan budaya dan latar belakang.

Para tetamu turut dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional Sarawak serta persembahan nyanyian dan muzik secara langsung daripada artis tempatan, sekali gus memeriahkan sambutan yang sarat dengan nilai kebudayaan.

Oleh Amanda L. & Rynna Sha’erra

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Peningkatan penentangan vaksin rabies timbulkan kebimbangan – Dr Maisarah
Next: Tiada perubahan syarat visa ke Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia – Wisma Putra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.