Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mahkamah Pakistan gantung waran tangkap terhadap Imran Khan
  • GLOBAL

Mahkamah Pakistan gantung waran tangkap terhadap Imran Khan

Utusan Sarawak 2 years ago

Khan, 70, disingkirkan selepas parlimen meluluskan usul undi tidak percaya terhadapnya pada April tahun lalu.

KARACHI: Mahkamah tinggi Pakistan pada Selasa menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri Imran Khan selepas beliau gagal hadir  perbicaraan kes berkaitan pembelian dan penjualan hadiah yang diberikan kenamaan asing semasa menjadi perdana menteri.

Ketua Hakim Negara Aamer Farooq mengarahkan polis untuk tidak menangkap Khan sehingga 13 Mac, lapor Agensi Anadolu.

Mahkamah juga memerintahkan bekas perdana menteri itu hadir ke mahkamah pada tarikh yang sama (13 Mac) bagi perbicaraan kes itu.

Mahkamah Islamabad minggu lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin itu selepas beliau sebelum ini gagal menghadiri perbicaraan.

Polis pada Ahad cuba menahan Khan tetapi menerima tentangan hebat dari penyokongnya di bandar timur laut Lahore.

Khan, 70, disingkirkan selepas parlimen meluluskan usul undi tidak percaya terhadapnya pada April tahun lalu.

Beliau kini disabitkan dengan pelbagai kes jenayah termasuk keganasan, cubaan membunuh dan pengubahan wang haram.

Khan sebelum ini mendakwa wujud konspirasi yang disokong negara asing bagi menjatuhkan pemerintahannya.

Khan terselamat daripada cubaan bunuh ketika mengetuai perarakan di daerah Wazirabad di wilayah Punjab pada November.

Sejak itu, beliau menetap di kediamannya di Lahore dan gagal hadir perbicaraan mahkamah atas alasan kesihatan dan keselamatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Hotel emas pertama Hanoi untuk dijual
Next: Ned Price letak jawatan – Blinken

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.