Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • MAHB, Qantas, Jetstar, Virgin bincang penerbangan terus ke Malaysia
  • GLOBAL

MAHB, Qantas, Jetstar, Virgin bincang penerbangan terus ke Malaysia

Utusan Sarawak 1 month ago

Gambar hiasan, pesawat Jetstar dan Virgin. Foto AFP

PERTH: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang giat mengadakan libat urus dengan tiga syarikat penerbangan Australia iaitu Qantas, Jetstar dan Virgin Australia untuk menyediakan penerbangan terus ke Malaysia.

Pengurus Besar Kanan Strategi MAHB Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata, perbincangan ini diadakan selama beberapa tahun.

“Ini masih di peringkat awal tetapi ia amat bergantung kepada penghantaran pesawat. Apabila mereka menerima pesawat yang sesuai dan kes perniagaan yang kukuh, mereka akan membawa ke tahap seterusnya.

“Kami sentiasa berusaha untuk berbincang dengan mereka,” katanya pada Routes Asia 2025 di sini.

Megat Ardian berkata, walaupun Malaysia adalah destinasi terkenal dalam kalangan pelancong Australia, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memperkenalkan laluan baharu.

Beliau berkata syarikat penerbangan sentiasa menyasarkan hasil, bahagian pasaran dan permintaan.

“Kadangkala mereka melihat tekanan menurun dari segi hasil sekiranya terbang ke Malaysia. Ini berdasarkan kes perniagaannya. Selain itu, mereka juga menerima banyak permintaan yang secara umumnya di Bali atau Bangkok,” katanya.

Megat Ardian turut menekankan mengenai pelbagai tarikan di Malaysia selain Kuala Lumpur yang boleh menarik minat pelancong Australia.

“Ya, Kuala Lumpur merupakan hab tetapi bagi rakyat Australia, apabila mereka ingin datang ke negara kita, mereka menyasarkan pelancongan pantai dan ekopelancongan.

“Sehubungan itu, lokasi seperti Langkawi dan Pulau Pinang terkenal dengan makanan dan budaya manakala Kota Kinabalu adalah destinasi baharu yang kami mahu mereka teroka,” katanya.

Beliau berkata MAHB sedang berkongsi data pasaran dan unjuran untuk menekankan potensi Malaysia sebagai hab pelancongan utama.

“Kami bukan sahaja mempromosikan KLIA malah lapangan terbang lain di Malaysia. Dengan memaparkan destinasi baharu, kami berhasrat meletakkan Malaysia sebagai alternatif yang kukuh kepada destinasi tradisional seperti Phuket, Bali dan Bangkok,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Arab Saudi lancar platform berkuasa AI untuk ajar Surah Al-Fatihah kepada jemaah sedunia
Next: Israel enggan serah kawalan penuh Masjid Ibrahimi untuk sambut lailatulqadar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.