PEMAIN pertahanan Manchester United, Harry Maguire menegaskan “pasukan terbaik kalah” setelah pasukan gergasi Inggeris itu tewas 2-1 kepada Sevilla dalam perlawanan separuh akhir Liga Europa semalam.
“Pemain amat kecewa. Kami mencipta banyak peluang. Pasukan terbaik kalah. Mereka menghukum kami kerana kami melepaskan terlalu banyak peluang. Untuk bersikap jujur mereka tidak banyak mencipta peluang,” kata Maguire kepada penyiar BT Sport.
Penalti awal Bruno Fernandes dibatalkan oleh jaringan Suso untuk juara lima kali Sevilla.
Namum United mencipta dan mensia-siakan hampir kesemua peluang terbaik mereka setelah rehat ketika Bono bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan sehingga pemain gantian Luuk De Jong menolak masuk hantaran silang Jesus Navas, 12 minit sebelum tamat perlawanan.
“Kami bekerja keras dan berhak menang dan layak. Kami gagal dalam separuh akhir buat kali ketiga tahun ini,” tambah Maguire.
“Kekalahan yang tidak boleh diterima. Layak ke separuh akhir tidak boleh diterima. Kita harus terus mengambil langkah seterusnya.”
Kekalahan itu bermaksud United kini gagal memenangi sebarang piala dalam tiga musim terakhir sementara Sevilla akan berhadapan dengan Inter Milan atau Shakhtar Donetsk di final.
“Kami ingin menang seberapa banyak trofi secepat mungkin,” tambah Maguire.
“Malam ini kami muncul dan pasukan terbaik kalah. Mungkin kurang pengalaman sedikit telah menyebabkan kami kalah – kami tidak seharusnya melepaskan gol kedua.” – AFP