Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lubnan: Tiada anggota MALBATT terbabit dalam letupan
  • NASIONAL

Lubnan: Tiada anggota MALBATT terbabit dalam letupan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 5 Ogos -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang (tengah) hadir pada majlis Pelancaran Al-Quran Corner bagi Hospital Angkatan Tentera 2020 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini. Sebanyak 12,060 naskah Al-Quran wakaf akan diagihkan kepada semua hospital ATM seluruh negara. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PANGLIMA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang (tengah) hadir pada majlis Pelancaran Al-Quran Corner bagi Hospital Angkatan Tentera 2020 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan semalam.• Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia mengesahkan tiada anggotanya yang bertugas di Lubnan terbabit dalam insiden letupan di Beirut pada petang Selasa.  

Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecederaan membabitkan 216 anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang   menyertai Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan.  

“Buat masa ini tiada anggota yang terbabit,” katanya ringkas selepas majlis perasmian penyerahan al-Quran wakaf dan pelancaran al-Quran corner di auditorium Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan   di sini semalam.

Beliau berkata, anggota dan misi pengaman ATM di Lubnan adalah di bawah arahan PBB dan setakat ini tiada arahan baharu dikeluarkan.  

“Kami   akan tunggu tanda arah daripada PBB, buat masa ini masih awal lagi   tapi pihak ATM Malaysia sentiasa meneliti perkembangan terkini.   Jika ada sesuatu yang mungkin boleh bahayakan misi, kita mungkin akan ambil tindakan selanjutnya,” kata beliau.  

Penugasan di Lubnan dilaksanakan pasukan pengaman MALBATT 850-7 yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) selama setahun sejak 1 Oktober 2019.

Media antarabangsa semalam melaporkan dua letupan besar menggegarkan Beirut, Lubnan pada Selasa, menyebabkan sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan 3,000 yang lain cedera.

Letupan berlaku di Pelabuhan Beirut lebih kurang 6.10 petang waktu tempatan, menggegarkan hampir kesemua bangunan di seluruh bandar selain menyebabkan banyak korban nyawa dan kerosakan.

Punca sebenar letupan masih belum diketahui, tetapi Menteri Dalam Negeri Mohammad Fahmi berkata, ia mungkin disebabkan bahan kimia yang disimpan di gudang pelabuhan berkenaan meletup.

Terdahulu, Affendi menerima 12,060 naskah al-Quran wakaf daripada Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas   Datuk Hussamuddin Yaacub untuk diagihkan di enam hospital dan 65 klinik ATM seluruh negara.  

Affendi berkata, pihaknya, turut mewujudkan al-Quran corner di hospital ATM dalam usaha meningkatkan kerohanian sekali gus menambah baik kualiti dan prestasi di tempat kerja.  

“Ini bagi mendekatkan warga ATM dengan al-Quran sebagai usaha memperkasa   kekuatan mental, fizikal, spiritual sebagai perwira dan perajurit negara,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Rakyat Malaysia perlu kekal waspada
Next: 5,355 individu pulang ke tanah air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.