Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lubnan larang alat kelui, walkie-talkie dalam penerbangan
  • GLOBAL

Lubnan larang alat kelui, walkie-talkie dalam penerbangan

Utusan Sarawak 8 months ago
JUMLAH kematian dalam insiden terbaharu di seluruh Lubnan melibatkan letupan ‘walkie-talkie’ kelmarin meningkat kepada 20 orang, sementara 450 lagi mengalami kecederaan. FotoAFP

BEIRUT: Direktorat  Umum Penerbangan Awam Lubnan semalam melarang alat kelui dan walkie-talkie dalam penerbangan, sehari selepas dua gelombang letupan peranti berlaku di seluruh negara itu.

Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dan 3,250 lagi cedera pada Selasa dan Rabu dalam letupan yang menyasarkan ribuan peranti komunikasi tanpa wayar di seluruh negara, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, direktorat itu berkata, ia telah mengarahkan syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Rafic Hariri untuk memaklumkan kepada penumpang bahawa alat kelui dan walkie-talkie dilarang dalam penerbangan.

Larangan itu terpakai untuk bagasi yang didaftar masuk dan barangan dibawa masuk ke dalam kabin, dan pihak berkuasa memberi amaran bahawa mana-mana peranti sebegitu akan dirampas.

Kumpulan Hizbullah di Lubnan mendakwa Israel berada di sebalik letupan peranti berkenaan dan berikrar akan membalas dendam.

Tiada sebarang komen daripada Israel mengenai letupan itu, yang berlaku di tengah-tengah peningkatan serangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak serangan maut Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang telah mengorbankan hampir 41,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak 7 Oktober lepas. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Portugal keluar syiling khas tampil wajah Ronaldo
Next: Bumi bakal mempunyai bulan mini sementara selama 2 bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.