Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • LPKP Sarawak siasat kemalangan babit lori pengadun simen di Sibu
  • TEMPATAN

LPKP Sarawak siasat kemalangan babit lori pengadun simen di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
MICHAEL Kong berkata siasatan akan dijalankan ke atas kemalangan itu.

KUCHING: Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong Feng Nian, menyuarakan kebimbangan susulan satu lagi kemalangan membabitkan lori pengadun simen dan seorang penunggang motosikal di Sibu.

Beliau berkata, semakan awal mendapati syarikat terlibat dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden serupa sebelum ini.

Menurutnya, keselamatan awam mesti sentiasa menjadi keutamaan, justeru beliau telah mengarahkan LPKP Sarawak menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kejadian berkenaan.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengendali yang didapati melanggar peraturan atau menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya. Tiada kompromi dalam soal keselamatan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Kong turut menggesa semua pengendali agar mematuhi piawaian keselamatan serta peraturan yang ditetapkan pada setiap masa.

“Fikiran kami bersama mangsa dan keluarga mereka dalam waktu sukar ini,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap kecewa terhadap pendirian DAP
Next: Sektor pertanian di Sarawak bakal melalui transformasi melalui penggunaan teknologi analitik satelit Radar Bukaan Sintetik (SAR)

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.