Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lori tangki minyak diesel terbakar lepas rempuh treler
  • KEMALANGAN

Lori tangki minyak diesel terbakar lepas rempuh treler

Utusan Sarawak 2 years ago

Keadaan lori yang terbakar di Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju, pagi tadi.

BINTULU: Sebuah lori tangki minyak diesel terbakar selepas kejadian merempuh bahagian belakang lori treler dalam satu kejadian di Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu,Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar 9.10 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan lori tangki dengan muatan minyak diesel yang dipercayai telah merempuh sebuah lori treler.

“Peratusan kebakaran dalam kejadian adalah 40 peratus,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pasukan kemudian melaksanakan operasi pemadaman menggunakan air dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Ujar beliau lagi, bomba juga melakukan pemantauan susulan bagi memastikan lokasi kejadian benar-benar selamat.

Pada masa sama, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut dan punca sebenar kejadian setakat ini masih dalam siasatan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Mengadu sakit pinggang selepas motosikal bertembung kereta
Next: Warga emas maut, kereta dipandu langgar pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.