Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lori bawa bahan berbahaya cetus kebimbangan pengguna feri laluan Menumbok-Labuan
  • NASIONAL

Lori bawa bahan berbahaya cetus kebimbangan pengguna feri laluan Menumbok-Labuan

Utusan Sarawak 4 hours ago
LORI membawa bahan berbahaya di atas feri Ro-Ro laluan Menumbok–Labuan cetus kebimbangan keselamatan penumpang dan kenderaan.

LABUAN: Lori membawa gas dan produk petroleum untuk stesen minyak, yang berada di atas feri Ro-Ro untuk laluan Menumbok-Labuan dikenal pasti berpotensi menimbulkan risiko keselamatan kepada penumpang dan pemilik kenderaan.

Pengarah Jabatan Laut Labuan Alimuddin Amirudin berkata jabatan itu bertanggungjawab memastikan keselamatan semua pihak di atas feri, khususnya apabila melibatkan kargo berbahaya dan mudah terbakar.

Beliau berkata pengusaha feri telah diingatkan supaya mematuhi keperluan keselamatan, termasuk mengekalkan jarak minimum satu meter antara lori yang membawa bahan berisiko tinggi dengan kenderaan lain.

“Kami telah menekankan kepada pengusaha tentang kepentingan mematuhi langkah keselamatan bagi mengurangkan sebarang risiko kepada penumpang dan kenderaan lain,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas kebimbangan yang dibangkitkan oleh pengguna. 

Alimuddin berkata penggunaan feri Ro-Ro bagi pengangkutan barangan itu adalah berdasarkan permintaan pihak pengangkut, yang memilih perkhidmatan itu berbanding kaedah lain. 

Beliau berkata jabatan itu akan menyemak peruntukan undang-undang sedia ada bagi menentukan sama ada amalan sedia ada mematuhi peraturan keselamatan maritim.

“Kami akan mengkaji akta sedia ada untuk menilai sama ada pengangkutan seperti ini dibenarkan dan sama ada perlu ada penambahbaikan,” katanya.

Isu berkenaan telah mencetuskan kebimbangan terhadap aspek keselamatan, khususnya ketika waktu puncak apabila feri membawa jumlah penumpang dan kenderaan yang banyak. 

Laluan Menumbok-Labuan-Menumbok merupakan laluan pengangkutan utama yang menghubungkan pulau bebas cukai itu dengan tanah besar Sabah, melibatkan pergerakan harian penumpang dan kargo termasuk bekalan barangan keperluan ke Labuan.

Terdapat enam feri yang beroperasi, iaitu MV Goodwill Star, MV Putrajaya 1, MV Kimanis 1, MV Joy Star, MV Blue Ocean dan MV Galaxy.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan peruntuk RM3.5 juta perkasa ibu tunggal menerusi KasihnITa 2026
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri – Met Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.