Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan peruntuk RM3.5 juta perkasa ibu tunggal menerusi KasihnITa 2026
  • NASIONAL

Kerajaan peruntuk RM3.5 juta perkasa ibu tunggal menerusi KasihnITa 2026

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berucap semasa Majlis Tautan Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa), hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan RM3.5 juta bagi memperluas pelaksanaan Program KASIH Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 di seluruh Malaysia.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata peluasan itu menyasarkan penglibatan 5,000 ibu tunggal di 13 negeri susulan pencapaian memberangsangkan program berkenaan tahun lepas.

“Peluasan ini didorong oleh prestasi cemerlang pada 2025 apabila hampir 1,900 ibu tunggal menyertai program ini di enam zon seluruh negara.

“Kerajaan komited memastikan golongan ibu tunggal tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara melalui pendekatan menyeluruh,” kata beliau ketika berucap pada perasmian majlis Tautan KasihnITa 2026 di Hotel Pullman Kuala Lumpur City Centre hari ini yang turut dihadiri Timbalannya, Lim Hui Ying.

DATUK Seri Nancy Shukri bersama dengan Timbalannya Lim Hui Ying merasmikan Majlis Tautan Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa). Foto: Bernama

Nancy juga berkata program itu dirangka bagi membina kapasiti peserta melalui tiga modul teras iaitu Kemahiran Perundangan, Pengurusan dan Literasi Kewangan serta Pembangunan Psikososial.

Beliau berkata statistik tahun lepas menunjukkan keberkesanan tinggi apabila 95 peratus peserta lebih memahami hak sebagai wanita dan aspek perundangan manakala 93 peratus berjaya mengaplikasikan ilmu pengurusan kewangan serta mencatat peningkatan keyakinan diri.

Nancy berkata selain itu, sebanyak 90 kes bantuan guaman berjaya diurus dengan peruntukan disalurkan bagi membantu ibu tunggal menuntut dan mempertahankan hak mereka.

“KasihnITa bukan sekadar program latihan tetapi juga pelaburan jangka panjang kerajaan terhadap masa depan ibu tunggal dan keluarga mereka… setiap ilmu dan kemahiran yang dibina adalah langkah ke arah kehidupan lebih stabil dan berdikari,” katanya.

NANCY Syukri merakam kenangan bersama dengan para ibu tunggal yang menghadiri majlis tersebut. Foto: Bernama

Bagi 2026, pelaksanaan program akan dibuat dalam dua fasa iaitu Fasa 1 secara dalam talian merangkumi sesi advokasi dan pengenalan diikuti Fasa 2 secara fizikal. Pendaftaran program dibuka dari 1 Februari hingga 20 April ini. 

Nancy turut memaklumkan Bantuan Guaman diteruskan kepada peserta layak dengan peruntukan RM2 juta yang dijangka memberi manfaat kepada 500 permohonan kes tuntutan baharu.

“Pada tahun ini, kelayakan penerima Bantuan Guaman akan diperhalusi supaya bantuan yang diberikan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

KasihnITa adalah penjenamaan semula Program Kasih Ibu Tunggal yang diperkenal pada 2023 dan kini diperkukuh sebagai antara inisiatif utama dalam menyokong Dasar Wanita Negara serta Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025 hingga 2030. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: KESUMA perkukuh intervensi menyeluruh tangani kehilangan pekerjaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.