
Postecoglou muram selepas pasukannya dibelasah Liverpool 0-4.
LIVERPOOL: Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou, mengakui bahawa skuad yang kekurangan pemainnya tidak dapat menandingi Liverpool yang jauh lebih hebat apabila Reds mara ke final Piala Liga dengan kemenangan 4-0 awal pagi tadi.
Spurs mendahului 1-0 dalam perlawanan pertama, tetapi dikejutkan oleh pendahulu Liga Perdana apabila mereka meledak empat gol untuk kali ketiga berturut-turut di Anfield.
Postecoglou sekali lagi bergelut dengan senarai kecederaan yang semakin bertambah apabila Richarlison terpaksa keluar kerana kecederaan pada separuh masa pertama.
Malah beliau turut berjanji pada awal musim bahawa akan meneruskan rekod memenangi trofi pada musim kedua sebagai pengurus di pelbagai kelab dan mengakhiri kemarau trofi 17 tahun Spurs.
“Kami mempunyai peluang yang baik dan malangnya kami tidak merebutnya.
“Ada banyak lagi yang perlu kami usahakan tahun ini. Kami mempunyai perlawanan besar dengan Villa pada hari Ahad ini,” kata Postecoglou.
Sering dikecam kerana pendekatannya yang berani, pemilihan pasukan Postecoglou nampaknya mempunyai tujuan untuk mengekang Liverpool.
“Mereka terlalu bagus untuk kami. Kami tidak memulakan perlawanan dengan langkah yang betul dan membenarkan mereka untuk berasa selesa dan apabila mereka sudah selesa, sangat sukar bagi kami untuk merampas semula kawalan itu.
“Mereka berada pada kedudukan yang hebat tetapi saya ingin kami bermain lebih seperti siapa kami,” katanya. – AFP