
Leeds United's Spanish defender Diego Llorente (L) heads the ball to score an equalising goal to make the score 1-1 during the English Premier League football match between Leeds United and Liverpool at Elland Road in Leeds, northern England on April 19, 2021. (Photo by Paul ELLIS / POOL / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or 'live' services. Online in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No video emulation. Social media in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No use in betting publications, games or single club/league/player publications. /

LIVERPOOL ditundukkan 1-1 di tempat lawan di Leeds United semalam dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Leeds, utara England.
Keputusan seri ini meninggalkan Liverpool di tangga keenam dua mata di belakang West Ham di tangga keempat dalam Liga Perdana.
The Reds membuka jaringan sebelum rehat menerusi Sadio Mane hanya untuk Diego Llorente menyamakan kedudukan dengan gol pertama beliau untuk Leeds, tandukan daripada sepakan sudut, tiga minit sebelum perlawanan tamat.
Empat pasukan teratas dalam Liga Perdana pada akhir musim biasanya empat kelab Inggeris yang dijamin mendapat tempat layak beraksi dalam Liga Juara-Juara UEFA musim depan.
Klopp memanggil semula Thiago Alcantara dan Diogo Jota, dengan bintang penyerang Mohamed Salah berada di bangku pemain simpanan.
Jota turut terlibat ketika Liverpool memecah kebuntuan pada minit ke-31, melakukan hantaran kepada Trent Alexander-Arnold sebelum pemain pertahanan melakukan sepakan voli ke dalam kotak penalti untuk Mane menolak boa masuk ke dalam gawang Leeds.
Hanya tindakan hebat daripada penjaga gol Liverpool, Alisson, yang menafikan Patrick Bamford, tetapi Leeds menjaringkan gol penyamaan mereka apabila Llorente menanduk masuk sepakan sudut Jack Harrison pada minit ke-87. – AFP