Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Litar pintas punca kebakaran kecil makmal JKNS
  • KEBAKARAN

Litar pintas punca kebakaran kecil makmal JKNS

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Sebuah kebakaran kecil akibat litar pintas berlaku di Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Hospital Umum Sarawak (HUS) awal pagi ini, namun berjaya dikawal oleh pihak bomba tanpa melibatkan kerosakan besar pada bangunan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.19 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikejarkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, PBK I (TBK I) Chaplin Wan, setibanya di lokasi, pasukan mendapati asap keluar dari bangunan yang menempatkan makmal Jabatan Nuklear hospital berkenaan. 

Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada pendawaian elektrik berlebihan di Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan, mengakibatkan kira-kira 10 peratus ruang makmal itu terbakar.

Bagaimanapun, kebakaran itu tidak menjejaskan struktur bangunan dan berjaya dipadamkan menggunakan satu alat pemadam api jenis debu kering.

Selepas memastikan keadaan selamat, 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah di Kampung Sibuluh terbakar
Next: Rumah Ridap Sg Pasir dijilat api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.