Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lionel Messi ledak gol, bantu Inter Miami benam New York Red Bulls 4-1
  • SUKAN

Lionel Messi ledak gol, bantu Inter Miami benam New York Red Bulls 4-1

Utusan Sarawak 3 weeks ago
LIONEL Messi.

LONDON: Inter Miami kembali menemui rentak selepas Lionel Messi mempamerkan aksi cemerlang dengan satu jaringan serta membantu skuad The Herons menewaskan New York Red Bulls 4-1, lapor PA Media/dpa.

Selepas tewas kepada Dallas dalam aksi terdahulu yang menamatkan rekod lapan perlawanan tanpa kalah, Inter Miami pantas menguasai permainan dan membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi Fafa Picault.

Marcelo Weigandt menggandakan kelebihan pada minit ke-30, sebelum Luis Suarez menamatkan kemarau jaringan sejak 2 Mac dengan gol ketiga Miami menjelang waktu rehat separuh masa pertama.

New York Red Bulls cuba bangkit apabila Mohammed Sofo menyempurnakan sepakan penjuru untuk merapatkan jurang.

Namun, Messi kembali mencuri tumpuan apabila meledak gol keempat Inter Miami pada minit ke-67, sekali gus memastikan kemenangan bergaya buat pasukannya.

-Bernama-PA Media/dpa

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Maguire bakal beraksi di Bukit Jalil, 28 mei ini
Next: Andre temui ‘resipi emas’ lompat kijang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.