Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lima masjid, surau tingkatkan sosioekonomi menerusi pertanian pintar
  • TEMPATAN

Lima masjid, surau tingkatkan sosioekonomi menerusi pertanian pintar

Utusan Sarawak 2 years ago

PENYERAHAN ... Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid Othman (dua, kiri) menyampaikan replika projek pertanian pintar bandar kepada salah seorang penerima yang mewakili masjid dan surau di Kuching, hari ini.

KUCHING: Anggaran pendapatan diperoleh sebuah masjid ialah RM5,625 sebulan melalui pertanian pintar, kata Timbalan Ketua Saintis dan Timbalan Penasihat Ekonomi Digital Sarawak Multimedia Authority (SMA), Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid Othman.

Menurutnya, angka itu dapat dibuktikan selepas pelaksanaan projek Pertanian Bandar Pintar (Smart Urban Farming) fasa pertama yang melibatkan lima masjid dan surau.

“Projek ini kita laksanakan di Masjid Darul Khatimah, Semerah Padi yang berjaya menjana hasil jualan tertinggi iaitu RM3,039 bagi tiga kali tuaian diikuti Surau Al Ansar, Taman Yen Yen (RM1,946 dengan dua kali tuaian), Surau Darul Qarar, Patingan (RM1,900 dengan pertama kali tuaian), Surau Nurul Salihin, Bako Hijrah (RM370 untuk sekali tuaian) dan Surau Darul Rahman, Taman Won Baru Jalan Bunga Kemuning.

“Sehingga kini, jumlah pendapatan diperoleh lima masjid dan surau itu ialah RM7,255,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Pertanian Bandar Pintar Fasa Kedua di Pejabat SMA di sini, hari ini.

Kata Khalid, bagi fasa kedua, terdapat 20 masjid dan surau dipilih untuk melaksanakan program terbabit dengan penanaman 900 bekas sayuran bagi sebuah masjid dan surau.

“Maka, kita akan mempunyai 18,000 bekas sayuran apabila dijayakan kelak.

“Antara 20 masjid dan surau terbabit ialah Masjid Darul Istiqlaal Kampung Sungai Maong, Masjid Al-Firdaus (Kampung Tunku RPR Fasa 2), Masjid Darus Salam, Kamung Matang Batu 10, Masjid Darul Ikhwan, Kampung Muara Tebas, Masjid Darul Hasanah, Taman Sourabaya Indah dan lain-lain,” katanya.

Katanya lagi, objektif utama Projek Pertanian Bandar Pintar ialah memfokuskan kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat dan kemampanan kewangan untuk mewujudkan kesedaran dan kesediaan mengenai pertanian pintar.

“Kita juga ingin melihat masyarakat di bandar membangunkan rantaian bekalan secara holistik dengan dasar keterangkuman ekonomi digital sekali gus membasmi kemiskinan bandar.

“Setakat ini, sebanyak 45 masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah memenuhi kriteria bagi pelaksanaan projek ini,” katanya.

Khalid turut memberitahu, hasil daripada projek ini akan menjadi tanda aras untuk memperluaskan pertanian pintar kepada masyarakat lain di seluruh Sarawak.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Bunga kait tarikan baharu sempena Hari Valentine
Next: Kerajaan Sarawak sasar 20,000 kompeten menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.