SARIKEI: Lima kawasan rendah berisiko banjir di sini telah dipantau oleh pihak bomba, pagi ini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, pemantauan paras air bemula dari 9.45 pagi hingga 11.06 pagi.
“Lima kawasan yang dipantau adalah Jalan Pisang Emas, Jalan Langsat, Jalan Pedada, Jalan Melur dan Jalan Bunga Raya.
“Hujan sedang berlaku semasa pihak kami menjalankan pemantauan,” katanya ketika dihubungi.
Ujarnya, paras air masih dalam keadaan terkawal semasa pemantauan.
“Air sungai sedang surut dan keadaan di setiap kawasan yang dipantau adalah masih terkawal,” katanya.
Oleh Earl Anek