Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liga Juara-Juara: Pertembungan menarik Liverpool, PSG pada pusingan 16 terakhir
  • SUKAN

Liga Juara-Juara: Pertembungan menarik Liverpool, PSG pada pusingan 16 terakhir

Utusan Sarawak 3 months ago
Pengarah Urusan Komunikasi UEFA, Pedro Pinto ketika majlis undian pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, dengan Liverpool diundi bertemu PSG. Foto AFP

PARIS: Liverpool bakal bertemu Paris Saint-Germain dalam salah satu perlawanan menarik di pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara musim ini selepas kedua-dua pasukan diundi dalam undian yang berlangsung hari ini.

Liverpool menamatkan saingan fasa liga 36 pasukan di kedudukan pertama untuk layak secara automatik ke pusingan ini manakala PSG perlu melalui saingan playoff yang menyaksikan mereka menewaskan Bres 10-0 secara agregat. 

Aksi pertama pusingan 16 terakhir bakal berlangsung di Parc des Princes di Paris pada 4 atau 5 Mac ini manakala timbal balik di Anfield seminggu kemudian. 

Kali terakhir kedua-dua kelab bertemu dalam kancah Liga Juara-Juara adalah di peringkat kumpulan pada musim 2018/19 dengan PSG memenangi perlawanan di laman sendiri 2-1 selepas Liverpool meraih kemenangan 3-2 di England.

Dalam aksi lain, juara bertahan Real Madrid dijadual bertemu seteru terdekat Atletico Madrid yang dilihat sebagai perlawanan ulangan final 2014 dan 2016 yang kedua-duanya dimenangi Los Blancos. 

Bayern Munich bakal bertemu seteru Jerman, Bayer Leverkusen manakala Arsenal berdepan PSV Eindhoven dan Inter Milan menentang Feyenoord yang sebelum ini menewaskan AC Milan dalam perlawanan playoff. 

Barcelona diundi bertemu Benfica yang ditewaskan mereka 5-4 di Lisbon ketika fasa liga bulan lalu. 

Aston Villa pula bertemu Club Brugge manakala finalis musim lalu Borussia Dortmund diundi bertemu Lille. – AFP

Continue Reading

Previous: Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Next: Berita baik untuk penyokong Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.