Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Li Jane raih Kejuaraan Terbuka AS
  • SUKAN

Li Jane raih Kejuaraan Terbuka AS

Utusan Sarawak 11 months ago
PEMAIN boling wanita negara Sin Li Jane berusia 32 tahun itu melakar sejarah muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) setelah mempamerkan aksi cemerlang merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan pemain dari Latvia Diana Zavjalova 226-214 pada perlawanan akhir stepladder.

KUALA LUMPUR: Pemain boling wanita negara Sin Li Jane melakar sejarah muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) di Royal Pin Woodland, Indianapolis, semalam.

Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan pemain dari Latvia Diana Zavjalova 226-214 pada perlawanan akhir stepladder.

Keputusan dicatat itu sekali gus menyaksikan Li Jane merupakan wakil Asia kedua yang memenangi kejohanan tersebut selepas Shinobu Saitoh dari Jepun pada 1982.

Kejohanan itu mula diperkenalkan pada 1949 dan pencapaian terbaik pemain boling Malaysia sebelum ini ialah menerusi Datuk Shalin Zulkifli yang menduduki tempat ketiga pada edisi 2008.

Selaku juara, Li Jane membawa pulang hadiah wang AS$60,000 (kira-kira RM282,900) selain jaket hijau kejuaraan dan trofi, manakala naib juara menerima AS$30,000 (kira-kira RM141, 500). – Bernama

Continue Reading

Previous: Harden pertaruh sukan tinju 16 pingat emas
Next: EURO 2024: Denmark seri dengan England, Sepanyol tewaskan Itali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.