SETELAH menjaringkan 34 gol, karier terbaik dalam Bundesliga musim ini, Bayern Munich yang mengejar treble berharap Robert Lewandowski berupaya menghasilkan lebih banyak gol untuk menyemarakkan cita-cita mereka di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara UEFA.
Di seluruh Eropah, hanya Ciro Immobile yang berjaya menjaringkan 36 gol dalam Serie A ketika bersama Lazio, telah menjaringkan lebih banyak gol dalam liga domestik pada 2019/20 berbanding Lewandowski, penjaring terbanyak di Jerman.
Setelah meraih gelaran Bundesliga kelapan berturut-turut dan menjulang Piala Jerman, Bayern menjadi tuan rumah kepada Chelsea dalam perlawnaan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara di Allianz Arena Munich pada Ahad dengan penyerang dari Poland itu memburu lebih banyak gol.
Dia merupakan penjaring terbanyak Liga Juara-Juara musim ini dengan 11 gol daripada enam perlawanan.
Lewandowski telah menjaringkan 51 gol dalam semua pertandingan musim ini dan sedang berusaha untuk menyambung apa yang beliau tinggalkan dalam final Piala Jerman Julai lepas setelah menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Leverkusen.
“Dia adalah pemain paling lengkap di depan gawang dan memiliki semua yang diperlukan oleh sesorang penyerang,” kata jurulatih Bayern, Hansi Flick baru-baru ini mengenai Lewandowski.
Penyerang Bintang itu memberitahu majalah Sport Bild bahawa dia mungkin berada pada tahap 90 peratus daripada apa yang boleh capai pada masa akan dating.
“Saya mahu meningkatkan had saya sendiri lebih jauh.”
Bayern mendahului pasukan Chelsea yang dilanda masalah kecederan dengan agregat 3-0 daripada perlawanan pertama di London, Februari lalu sebelum pertandingan dihentikan kerana wabak Covid-19.
Selepas gol pantas menerusi Serge Gnabry pada awal babak kedua di Stamford Bridge, Lewandowski menolak masuk hantaran silang menarik daripada pemain remaja Kanada, Alphonso Davies.
Ini adalah gol ke-39 beliau daripada 51 musim ini, tetapi secara signifikan adalah yang pertama dalam tujuh perlawanan – yang merangkumi dua tahun – di peringkat kalah mati di Eropah. – AFP