Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan miliki rekod lampau ditahan bersama dadah di Betong
  • JENAYAH

Lelaki tempatan miliki rekod lampau ditahan bersama dadah di Betong

Utusan Sarawak 3 hours ago
POLIS berjaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar kawasan Betong pada tengah hari tadi. Foto: IPD Betong

BETONG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong berjaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar kawasan Betong pada tengah hari tadi.

​Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek mengesahkan bahawa tangkapan tersebut dilakukan sekitar 12.10 tengah hari selepas suspek dikesan memiliki bahan terlarang dan dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan lanjut dan saringan ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Betong mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Semakan rekod kepolisian juga mendapati lelaki berkenaan mempunyai sejarah kesalahan lampau berkaitan dadah.

​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan.

Selain itu, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama bagi kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

​Pihak polis menegaskan bahawa IPD Betong memandang serius sebarang penglibatan aktiviti dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah di daerah ini digesa tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis di talian 083-472345 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu membanteras jenayah tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.