Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditemui mati di bilik sewa
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditemui mati di bilik sewa

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETUA Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

KUCHING : Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditemui mati di sebuah bilik sewa di Jalan Stephen Yong.

Katanya, tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.

Irwan berkata, polis menerima laporan sekitar 2.45 petang hari ini berhubung penemuan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di dalam bilik sewa.

“Pasukan penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan bersama pegawai perubatan telah dihantar ke tempat kejadian dan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya.

“Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. Kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bot rekreasi tanpa lesen ditahan APMM di perairan Bintulu
Next: Lelaki maut dipercayai tertembak ketika berburu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.