Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki separuh sedar selepas terlibat nahas di Sarikei
  • KEMALANGAN

Lelaki separuh sedar selepas terlibat nahas di Sarikei

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAWATAN AWAL… Pihak APM Sarikei menjalankan rawatan awal terhadap mangsa kemalangan kendiri di Jalan Simpang Bayong.
Foto APM Sarikei 

SARIKEI: Seorang lelaki berusia 54 tahun cedera selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Simpang Bayong, tengah hari tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.10 tengah hari.

“Bertindak atas panggilan tersebut, skuad Bravo Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota kami memberikan rawatan awal kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan separuh sedar.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” tambahnya.

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Rempuhan dua kenderaan: Mangsa tercampak keluar, cedera di kepala
Next: Warga emas cedera, lelaki selamat dalam kemalangan di Jalan Lukut Penyulau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.