Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki rugi RM377,433 diperdaya pelaburan forex tidak wujud
  • JENAYAH

Lelaki rugi RM377,433 diperdaya pelaburan forex tidak wujud

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun kerugian RM377,433.20 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan forex tidak wujud dikenali sebagai ‘Maxima.’

Menurut ACP Alexson Naga Chabu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menerima satu laporan berhubung kes penipuan tersebut melibatkan mangsa berkenaan.

Beliau berkata, mangsa telah diperkenalkan kepada skim pelaburan forex itu oleh rakannya pada Januari 2025 sekitar 5.00 petang di Kota Damansara, Selangor dengan janji pulangan keuntungan tetap antara lapan hingga 15 peratus setiap bulan.

Percaya pelaburan itu tulen, mangsa telah membuat 14 transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun bank berbeza serta satu penyerahan wang tunai ketika berada di kediamannya di Tabuan Jaya, di sini.

“Jumlah keseluruhan pembayaran yang dibuat pengadu ialah RM429,047.20 dan mangsa hanya menerima sebahagian pulangan sebanyak RM51,614. Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas gagal mengeluarkan wang pelaburan berserta keuntungan yang dijanjikan,” katanya.

Alexson berkata, mangsa mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM377,433.20.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dengan tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan pelaburan yang ditawarkan di media sosial serta membuat semakan terlebih dahulu sebelum melabur.

Orang ramai juga disaran membuat semakan syarikat dan laman sesawang yang tidak mendapat kelulusan melalui bnm.gov.my⁠ atau BNM Telelink di talian 1-300-88-5465 serta sc.com.my⁠ di talian 03-6204 8999.

Mangsa jenayah siber yang baharu membuat pemindahan wang ke akaun bank atau ewallet suspek dinasihatkan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997.

Semakan terhadap individu atau syarikat pelaburan juga boleh dibuat melalui aplikasi Investment Checker atau laman web sc.com.my⁠.

Selain itu, orang ramai boleh menyemak nombor telefon dan akaun bank yang mencurigakan melalui aplikasi CCID Scam Checker atau portal semakmule.rmp.gov.my⁠ sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PGA Sarawak rampas lebih 342,000 liter diesel bersubsidi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.