Dua individu positif dadah ditahan dalam Ops Tapis di Meradong

Facebook
WhatsApp
DUA penagih dadah ditahan pihak polis semasa Ops Tapis, baru-baru ini. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan Pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah menerusi Op Tapis yang dijalankan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering berkata, kedua-dua suspek yang berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan antara 9.25 malam hingga 9.30 malam sebelum dibawa ke IPD Meradong untuk tindakan lanjut.

“Saringan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek yang dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong mendapati mereka positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin.

“Semakan rekod lampau mendapati seorang daripada suspek tidak mempunyai rekod jenayah atau kesalahan dadah, manakala seorang lagi mempunyai satu rekod berkaitan kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

“IPD Meradong memandang serius kesalahan berkaitan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan dadah.

“Saya menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah Meradong,” katanya.

Beliau berkata, sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah di daerah Meradong boleh disalurkan kepada Balai Polis Bintangor di talian 084-693222 bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Oleh Earl Anek

Dua buruh ditahan positif dadah di Bau

BAU: Dua buruh tempatan ditahan selepas didapati positif dadah jenis metamfetamina dan amfetamina dalam ujian saringan awal air kencing yang