Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Meradong
  • JENAYAH

Lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Meradong

Utusan Sarawak 2 hours ago
PENAGIH dadah ditahan oleh pihak polis pada petang semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan selepas didapati positif dadah dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan pasukan Pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, suspek ditahan kira-kira 1.55 petang kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah sebelum dibawa ke IPD Meradong untuk tindakan lanjut.

“Saringan ujian air kencing terhadap suspek di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Meradong mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Hasil semakan rekod lampau, dapati suspek mempunyai satu rekod bersabit jenayah dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Masyarakat awam digesa agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong,” katanya.

Tambahnya, sebarang maklumat berkaitan kegiatan dadah boleh disalurkan kepada Balai Polis Bintangor di talian 084-693222 bagi membantu pihak polis membanteras jenayah tersebut.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 27 warga asing ditahan dalam Ops Selera di Kuching
Next: Pengedar dadah di Kabong diberkas bersama syabu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.