Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lelaki melecur tangan dalam kebakaran tong gas 
  • KEBAKARAN

Lelaki melecur tangan dalam kebakaran tong gas 

Utusan Sarawak 6 months ago

TERBAKAR... Keadaan di sekeliling tong gas yang terbakar.

KUCHING: Seorang lelaki melecur di bahagian tangan ketika cuba memadam kebakaran tong gas di kediamannya di Jalan Ang Cheng Ho di sini, malam tadi.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden pada 11.06 malam.

Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dengan kekuatan 11 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, Komander Operasi memaklumkan kebakaran melibatkan tong gas memasak di bangunan rumah kedai yang disewa mangsa.

“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadam oleh mangsa dengan menggunakan pemadaman air,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pihak bomba kemudian bertindak membawa keluar tong gas tersebut dan mengeluarkan gas petroleum cecair (LPG) sehingga habis.

PGO dalam kenyataan sama memaklumkan tiada sebarang operasi pemadaman dilakukan manakala mangsa telah diberi rawatan awal.

“Mangsa memaklumkan akan ke hospital swasta untuk rawatan lanjut dengan menggunakan kenderaannya sendiri,” katanya.

Continue Reading

Previous: Rumah kosong terbakar di Kampung Pahlawan
Next: Tiga kedai musnah dijilat api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.