Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut selepas terlibat kemalangan  
  • KEMALANGAN

Lelaki maut selepas terlibat kemalangan  

Utusan Sarawak 3 months ago
OPERASI MENYELAMAT… Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari parit tersebut menggunakan pengusung.
Foto PGO Bomba Sarawak 

SARIKEI: Seorang lelaki berumur 24 tahun disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Rajang. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei menerima panggilan kecemasan,  8.15 pagi tadi.

“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi Kilok Lampas bersama sepasukan bomba bergegas ke lokasi kemalangan. 

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan yang di pakir di tepi jalan dan sebuah motosikal jenis Yamaha yang ditunggang oleh mangsa. 

“Didapati mangsa iaitu penunggang motosikal berada dalam parit dengan keadaan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, pasukan bomba terus mengeluarkan mangsa dari parit tersebut menggunakan pengusung. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserah kepada pihak polis yang berada di lokasi kemalangan untuk tindakan selanjutnya. 

“Mangsa dikenal pasti sebagai Chieng Siew Heng,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Elderly woman suffers minor injuries after car overturns, collided into Mitsubishi Pajero
Next: Lelaki maut kereta langgar tiang elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.