Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut dirempuh kenderaan tidak dikenal pasti di Jalan Miri Airport
  • KEMALANGAN

Lelaki maut dirempuh kenderaan tidak dikenal pasti di Jalan Miri Airport

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEADAAN di lokasi kejadian kemalangan maut melibatkan seorang pejalan kaki di Jalan Miri Airport berhampiran Borneo Medical Centre (BMC), Miri awal pagi tadi. 

MIRI: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an maut selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti ketika melintas jalan di Jalan Miri Airport berhampiran Borneo Medical Centre (BMC), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar 1.00 pagi apabila mangsa sedang melintas jalan dari arah kanan ke kiri jalan.

Menurut beliau, mangsa dipercayai dilanggar di laluan kanan jalan oleh sebuah kenderaan yang identitinya masih belum dikenal pasti.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizul Ab. Rahim di talian 014-8582582 atau 085-430479, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini serta memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera kaki tertusuk besi ketika potong rumput

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.