Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki maut di pangsapuri, polis tahan tiga suspek
  • JENAYAH

Lelaki maut di pangsapuri, polis tahan tiga suspek

Utusan Sarawak 6 months ago

TRAGIS...Soerang lelaki tempatan berumur 22 tahun ditemui maut oleh pihak polis. 

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditemui maut dengan kesan tetakan pada badan di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Tapang awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 4.40 pagi melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

“Pasukan siasatan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan yang tiba di lokasi mendapati mangsa terbaring di dalam sebuah bilik di unit pangsapuri tersebut. 

“Pegawai perubatan yang hadir di lokasi telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian, tiga individu telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Kami telah membuat tiga tangkapan dan kesemua suspek akan direman untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, Asisten Superintenden Sylvarius Gopog di talian 013-863 7241.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan dalam operasi bersepadu polis
Next: Indonesia tumpaskan cubaan seludup manusia ke Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.