Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki mati mengejut di bilik sewa
  • KEMALANGAN

Lelaki mati mengejut di bilik sewa

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

LAWAS: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di bilik sewanya di sini pada 4.33 pagi tadi selepas polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, sepasukan polis telah digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki berusia 32 tahun masih terbaring di atas katil di bilik sewa berkenaan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Bilik Mayat Klinik Trusan untuk proses bedah siasat.

Siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur khianat atau jenayah di lokasi kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR).

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya menyalurkannya segera ke balai polis berhampiran.

Continue Reading

Previous: Anggota tentera cedera parah, kereta kemalangan bersama pacuan empat roda di Jalan Sibu-Bintulu
Next: Empat mangsa cedera dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.