Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lelaki lengan emas Australia selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
  • GLOBAL

Lelaki lengan emas Australia selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia

Utusan Sarawak 2 months ago
HARRISON telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali sepanjang hayatnya. Foto Australian Red Cross Blood Service

ISTANBUL: Seorang penderma darah paling dermawan di dunia, yang menyelamatkan 2.4 juta bayi, telah meninggal dunia pada usia 88 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan 7NEWS Australia, semalam.

James Harrison, penderma darah Australia yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali sepanjang hayatnya, meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan di New South Wales, Australia pada 17 Februari, menurut keluarganya dalam satu pengumuman, semalam.

Harrison mula menderma plasmanya pada 1954 ketika berusia 18 tahun dan berbuat demikian secara berkala selama lebih enam dekad sehingga mencapai usia 81 tahun.

Sepanjang tempoh itu, beliau menderma darah kira-kira setiap dua minggu, dengan jumlah derma keseluruhan 1,162, yang memberikannya gelaran “lelaki dengan lengan emas.”

Darahnya mengandungi antibodi jarang ditemui, dikenali sebagai Anti-D yang digunakan untuk menghasilkan ubat bagi wanita hamil yang darah mereka berisiko menyerang bayi dalam kandungan.

Harrison memutuskan untuk menjadi penderma darah tetap selepas menerima beberapa pemindahan darah ketika berusia 14 tahun semasa menjalani pembedahan paru-paru. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Seorang maut, kereta rempuh pejalan kaki
Next: Paus Francis alami krisis pernafasan – Vatican

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.