Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki hilang ditemukan meninggal dunia di Hidro Batang Ai
  • KEMALANGAN

Lelaki hilang ditemukan meninggal dunia di Hidro Batang Ai

Utusan Sarawak 2 hours ago
MAYAT mangsa ditemukan pada kedalaman kira-kira lima meter dan hanya satu meter dari lokasi terakhir beliau dilihat sebelum hilang. Foto PGO Bomba Sarawak

LUBOK ANTU: Lelaki yang dikhuatiri lemas ketika beriadah bersama keluarganya di kawasan Hidro Batang Ai ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, malam ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan mayat mangsa, Rudie Lan, 31, ditemukan pada 9.41 malam ini selepas dilaporkan hilang ketika mandi di kawasan berkenaan.

Operasi SAR hari pertama dimulakan dengan taklimat strategi pencarian bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 7.30 malam.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Betong kemudian melakukan selaman pertama pada 8.25 malam, namun mayat mangsa tidak berjaya ditemukan.

Selaman kedua diteruskan pada 9.40 malam di lokasi mayat mangsa dipercayai berada sebelum berjaya ditemukan seminit kemudian.

Mayat mangsa ditemukan pada kedalaman kira-kira lima meter dan hanya satu meter dari lokasi terakhir beliau dilihat sebelum hilang.

Kemudian mayat mangsa dibawa naik ke permukaan dan diserahkan kepada pihak polis pada 9.55 malam untuk tindakan lanjut.

Operasi berkenaan melibatkan enam anggota JBPM dengan bantuan Urvan, pacuan empat roda dan sebuah bot gentian kaca.

Turut membantu dalam operasi tersebut ialah tujuh anggota PDRM, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.05 petang tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 70 kilometer dari balai.

Siasatan awal mendapati mangsa sedang beriadah bersama ahli keluarganya sebelum terjun ke dalam air untuk mandi, namun tidak timbul semula di permukaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki dikhuatiri lemas ketika beriadah bersama keluarga di Batang Ai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.