Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki hilang dalam insiden bot karam ditemui maut di Sungai Balang
  • KEMALANGAN

Lelaki hilang dalam insiden bot karam ditemui maut di Sungai Balang

Utusan Sarawak 6 hours ago
MAYAT mangsa ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira 7.10 pagi tadi. Foto Bomba Sarawak

KAPIT: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas insiden bot karam di kawasan Sungai Balang, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Balang Gaat, ditemui meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa, Spielberg Dylan anak Sekunyir, 32, ditemui oleh penduduk kampung pada sekitar 7.10 pagi sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis dan bomba pada 8.30 pagi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai PBK I Norman anak Matu bertolak ke lokasi penemuan mangsa pada jam 9 pagi dengan anggaran perjalanan selama dua jam.

Operasi SAR melibatkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit menggunakan sebuah kenderaan Navara, dengan bantuan pihak polis.

Mangsa yang dilaporkan berambut pendek, bertatu pada kedua-dua belah tangan serta memakai baju-T dan seluar pendek berwarna hitam, sebelum ini dikhuatiri lemas selepas terlibat dalam insiden bot karam pada Isnin.

Mayat mangsa berjaya ditemukan pada hari kedua operasi SAR dan disahkan meninggal dunia. Pihak berkuasa akan menjalankan tindakan lanjut berhubung kes tersebut.

Oleh Masrin Affirah

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lima mangsa terperangkap dalam gua di Laos berjaya diselamatkan
Next: Perahu karam di Lingga, lelaki 42 tahun dikhuatiri lemas, lapan terselamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.