Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki hilang cari daun palas ditemui selamat di hutan Empayung
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki hilang cari daun palas ditemui selamat di hutan Empayung

Utusan Sarawak 5 hours ago
MANGSA yang dikenali sebagai Majidi Jali, berjaya ditemui oleh penduduk kampung sekitar 9.00 pagi ini di sekitar kawasan hutan Empayung, Kabong. Foto Kak Won ll

KABONG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun palas di sebuah kebun kelapa di Empayung, semalam, akhirnya ditemui dalam keadaan selamat, pagi ini.

​Mangsa yang dikenali sebagai Majidi Jali, berjaya ditemui oleh penduduk kampung sekitar 9.00 pagi tadi di sekitar kawasan hutan Empayung selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.

​Terdahulu, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar sejak sebelah pagi semalam, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak berkuasa.

MANGSA yang dikenali sebagai Majidi Jali, berjaya ditemui oleh penduduk kampung sekitar 9.00 pagi ini di sekitar kawasan hutan Empayung, Kabong. Foto Kak Won ll

​Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.20 malam semalam.

​”Susulan laporan tersebut, Operasi SAR segera diaktifkan bagi mengesan kedudukan mangsa yang dipercayai berada di sekitar kawasan kebun kelapa berkenaan,” katanya.

​Ketika kali terakhir dilihat sebelum dilaporkan hilang, mangsa dikatakan memakai baju tidak berlengan berwarna kelabu serta seluar panjang berwarna biru.

​Bagaimanapun, tindakan pantas penduduk kampung yang turut serta dalam pencarian akhirnya membuahkan hasil dengan penemuan mangsa pada pagi ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anak buaya sesat dalam longkang perumahan
Next: SAR Sungai Banting masuk hari kedua, lelaki hilang masih belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.