Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki ditahan tunjuk isyarat lucah
  • TEMPATAN

Lelaki ditahan tunjuk isyarat lucah

Utusan Sarawak 5 years ago
DIBUANG… Anggota polis trafik menunjukkan surat saman yang telah dikoyakkan dan dibaling ke atas jalan raya di tepi Jalan Bengkel.

SIBU:Lelaki berusia 46 tahun ditahan selepas disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menunjukan isyarat lucah di tepi Jalan Bengkel, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kejadian berlaku sekitar jam 8.00 pagi, anggota polis trafik yang menjalankan penguatkuasaan telah mengeluarkan saman kepada sabjek atas kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

“Semasa saman hendak dikeluarkan, suspek telah bertindak mengundurkan kenderaan namun sempat dihalang oleh anggota polis trafik.

“Saspek keluar dari kereta, mengambil kertas saman dan mengoyakkannya serta membaling ke atas jalan raya,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita petang semalam.

Menurutnya, dalam masa yang sama suspek juga telah menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) dan mengeluarkan perkataan lucah kepada anggota polis trafik.

“Siasatan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan turut merangkumi kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan atau kenyataan lucah untuk mengaibkan seseorang.

“Subjek yang juga pemandu lori telah ditahan untuk siasatan lanjut,” tegasnya.

Continue Reading

Previous: GPS perjuang hak Sarawak
Next: Pekerja khidmat penghantaran maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.