Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki dilaporkan hilang dihanyut arus deras
  • KEMALANGAN

Lelaki dilaporkan hilang dihanyut arus deras

Utusan Sarawak 7 months ago
HILANG… Seorang lelaki berusia 26 tahun dilaporkan hilang selepas dibawa arus deras ketika menyeberangi sungai di Kampung Terusan Jaya, sebentar tadi.

SEMATAN: Seorang lelaki berusia 26 tahun dilaporkan hilang selepas dibawa arus deras ketika menyeberangi sungai di Kampung Terusan Jaya di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.50 petang tadi. 

Menurut dua orang saksi, mangsa, Mohamad Nazratul Kamil, yang ketika itu sedang mengumpul hasil sungai (siput) dengan memakai baju oren dan seluar jeans pendek, hilang pada 2.10 petang.

“Mangsa yang berusia 26 tahun itu dipercayai dibawa arus ketika cuba menyeberangi sungai semasa air pasang.

“Setakat ini, usaha pencarian tertumpu di kawasan tebing sungai berdekatan lokasi terakhir mangsa dilihat. 

“Pihak berkuasa meneruskan pencarian dan berharap mangsa dapat ditemukan dengan segera,” katanya. 

Dalam pada itu, penduduk tempatan dinasihatkan agar berhati-hati dan mengelakkan aktiviti di sungai ketika air pasang bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Warga emas tersepit kereta langgar pokok
Next: Tragedi Perahu Regata Sarawak Karam: Bantuan mula disalurkan kepada keluarga mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.