Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki dilapor hilang di Pangkalan Rembai
  • TEMPATAN

Lelaki dilapor hilang di Pangkalan Rembai

Utusan Sarawak 5 years ago

MARUDI :  Seorang lelaki yang dikenali Cassidy Ali berusia 23 tahun beralamat di Pangkalan Rembai Sungai Melikat Marudi dilaporkan hilang semalam.

Menurut kenyataan Pegawai Bomba Zon Miri, Tuan Law Poh Kiong, pihak bomba menerima laporan awal mengenai insiden itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi pada jam 11.55 pagi semalam.

Sebaik menerima panggilan tersebut pihak bomba dengan kekuatan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi bergerak ke kampung mangsa untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian tersebut.

Menurut laporan, dalam kejadian itu mangsa bersama rakannya Markus Adrian pergi memancing di kawasan Pangakalan Rembai Sungai Melikat lebih kurang jam  11.00 pagi semalam.

Pada jam 5.20 petang pada hari yang sama Markus balik ke rumah panjang keseorangan namun tidak kelihatan mangsa balik bersamanya sehingga sekarang.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Jo Hang masih berada di luar kawasan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kehilangan mangsa.

Sehingga berita ini ditulis mangsa yang dilaporkan hilang belum lagi dapat dikesan.

Continue Reading

Previous: NADMA serah bantuan melalui JKM
Next: 3,000 akan dikesan melalui ACD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.