Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki didakwa rogol, amang seksual anak perempuan kekasih
  • JENAYAH

Lelaki didakwa rogol, amang seksual anak perempuan kekasih

Utusan Sarawak 2 years ago

KUCHING: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan serangan seksual dan merogol anak perempuan teman wanitanya yang berusia 11 tahun.

Tertuduh yang berusia dalam lingkungan  40-an itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan serangan seksual fizikal ke atas mangsa di sebuah rumah di Batu Kawa antara 2020 dan 2023.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalah yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2007, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.

Pertuduhan kedua mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa merogol mangsa di rumah sama antara 2020 dan 2023.

Jika sabit kedua-dua kesalahan, tertuduh berdepan hukuman sehingga 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebatan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin tempatan dan menetapkan 22 November ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh juga diperintahkan untuk melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, menyerahkan passport miliknya dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan saksi pihak pendakwaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fauzan Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Nickelyson Lakun

Continue Reading

Previous: Polis tahan pengasas bersama syarikat penerbangan
Next: Pengasas syarikat penerbangan, isteri, anak direman empat hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.