Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki didakwa miliki bahan berkaitan kumpulan IS
  • JENAYAH

Lelaki didakwa miliki bahan berkaitan kumpulan IS

Utusan Sarawak 10 months ago
PEKERJA kedai makan, Muhammad Zul Khairi Mohamad Nasir dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS) bulan lepas. Muhammad Zul Khairi, 33, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. FotoBERNAMA

BUTTERWORTH: Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS) bulan lepas.

Muhammad Zul Khairi Mohamad Nasir, 33, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zul Khairi didakwa memiliki bahan-bahan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas IS dalam telefon bimbit miliknya iaitu jenis Redmi Note 11 di Sungai Dua di sini, pada 9.35 pagi, 23 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucuthakkan mana-mana bahan tersebut, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan kes. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan
Next: Kanak-kanak perempuan enam tahun dilaporkan hilang ditemukan selamat – KP Selangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.