Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki dicekup, dadah RM634,000 dirampas
  • JENAYAH

Lelaki dicekup, dadah RM634,000 dirampas

Utusan Sarawak 3 days ago
DIRAMPAS…Sebahagian dadah yang dirampas daripada suspek.

MIRI: Helah seorang lelaki menyimpan dadah dalam kuantiti besar terbongkar apabila dia dicekup polis bersama rampasan Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai RM634,687.50 dalam dua serbuan di Permyjaya, di sini, 5 April lalu.

Ketua Polis Daerah,  Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan dalam serbuan pertama di tepi jalan kawasan Desa Murni, Bandar Baru Permyjaya sekitar jam 10 malam.

DITAHAN…Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

“Dalam serbuan itu, polis merampas dadah disyaki MDMA seberat 150 gram daripada suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan tangkapan tersebut, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Lorong Murni yang ditunjukkan suspek.

DIRAMPAS…Sebahagian dadah yang dirampas daripada suspek.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kedua, polis menemui dadah disyaki MDMA seberat 33,700 gram,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM634,687.50 dan boleh menjejaskan sekitar 4,010 individu jika diedarkan.

Katanya, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, namun tidak mempunyai rekod lampau.

DIRAMPAS…Sebahagian dadah yang dirampas daripada suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

“Siasatan masih dijalankan dan polis kini memburu saki-baki ahli sindiket,” katanya.

Suspek direman 12 hari bermula 6 hingga 17 April bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dadah ditahan polis di Lubok Antu
Next: 26 warga asing ditahan dalam Ops Gegar di Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.