Lelaki cedera selepas kenderaan langgar penghadang jalan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
KEADAAN kenderaan jenis Mitsubishi Xpander yang terbabit dalam kemalangan kendiri di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Simpang Bakun awal pagi tadi.

BINTULU: Seorang lelaki cedera di bahagian kaki selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo dari Bintulu menuju ke Samalaju, berhampiran Simpang Bakun awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.35 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Xpander yang melanggar penghadang jalan.

KEADAAN kenderaan jenis Mitsubishi Xpander yang terbabit dalam kemalangan kendiri di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Simpang Bakun awal pagi tadi.

“Seorang mangsa lelaki berusia 52 tahun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Pasukan bomba kemudian menjalankan pemantauan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada 2.31 pagi.

Oleh Carolyne Utih