Lelaki cedera ringan kereta terjunam gaung di Kampung Pelapi

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
SELAMAT…Seorang lelaki mengalami kecederaan ringan selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter dalam kemalangan kendiri di Kampung Pelapi, Bekenu awal pagi tadi.

BEKENU: Seorang lelaki cedera ringan selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter dalam kemalangan kendiri di Kampung Pelapi, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 7.40 pagi.

“Setibanya di lokasi, pihak komander operasi melaporkan sebuah kereta jenis Perodua Axia terjatuh ke dalam gaung dalam kejadian kemalangan kendiri tersebut,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, terdapat seorang mangsa berada di dalam kenderaan berkenaan.

SELAMAT…Seorang lelaki mengalami kecederaan ringan selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter dalam kemalangan kendiri di Kampung Pelapi, Bekenu awal pagi tadi.

Bagaimanapun, mangsa tidak tersepit dan berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan serta berada dalam keadaan stabil.

Operasi penyelamatan tidak diperlukan dalam kejadian ini. Pasukan bomba hanya membantu menstabilkan mangsa serta memantau keselamatan di lokasi sebelum operasi ditamatkan dan anggota kembali ke balai setelah keadaan disahkan selamat.

Oleh Adum Liu

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis