Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera kereta rempuh pokok tumbang
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera kereta rempuh pokok tumbang

Utusan Sarawak 4 weeks ago
ROSAK… Kereta mangsa rosak selepas melanggar pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Pulau Melayu, pagi tadi.

MIRI: Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya merempuh sebatang pokok tumbang yang melintang di atas jalan dalam kejadian di Jalan Pulau Melayu, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.06 pagi.

POTONG… Pasukan bomba memotong dahan pokok tumbang yang melintang jalan dalam kejadian di Jalan Pulau Melayu, pagi tadi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 10 kilometer dari balai bomba.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kereta mangsa telah melanggar pokok tumbang yang menghalang laluannya.”

“Mangsa lelaki berusia 33 tahun cedera di bahagian muka dan dibawa ke hospital menggunakan kenderaan ahli keluarganya,” katanya di sini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian bertindak memotong pokok menggunakan gergaji rantai seterusnya dialihkan ke tempat yang selamat.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan 3.47 pagi,” katanya.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mangsa hilang ditemukan hari ini
Next: Budak perempuan ditemui lemas di Ulu Baram, bapa masih hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.