Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera kereta dipandu terbakar
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera kereta dipandu terbakar

Utusan Sarawak 4 months ago

SAMARAHAN: Seorang pemandu mengalami kecederaan ringan setelah kereta yang dipandunya terbakar di kawasan berhampiran Kampung Pangkalan Kuap,Jalan Datuk Muhamad Musa, hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.31 pagi.

Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota dengan kekuatan sembilan orang dari Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi.

DIBERI RAWATAN… Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan EMRS.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi pada 6.48 pagi, didapati sebuah kenderaan terbakar 100 peratus.

”Seorang mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri dan mengalami kecederaan ringan,” katanya menerusi kenyataan.

Pasukan perubatan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudian bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantarnya ke hospital untuk tindakan lanjut.

PKO menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.55 pagi.

Selepas memastikan tiada lagi ancaman kebakaran, operasi ditamatkan pada 7.28 pagi.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki hilang, perahu dinaiki karam
Next: Pantang maut sebelum ajal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.