Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera kereta dipandu terbabas langgar pokok
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera kereta dipandu terbabas langgar pokok

Utusan Sarawak 2 years ago
REMPUH… Seorang lelaki cedera selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Song awal pagi tadi.

KUCHING: Seorang lelaki cedera selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Song awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 2.13 pagi.

Mangsa berusia 36 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan sebelum diberi rawatan lanjut oleh pasukan perubatan.

Sementara, seorang lelaki yang cuba membantu mangsa tidak kesampaian apabila dirempuh sebuah kereta Lexus sehingga mengakibatkan mangsa cedera di bahagian kaki.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan pemandu Lexus. 

Oleh Azreen Keria 

Continue Reading

Previous: Dua cedera motosikal bertembung kereta
Next: 9 sekeluarga terselamat, rumah musnah terbakar 100 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.