Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera kereta dipandu terbabas dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera kereta dipandu terbabas dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 10 months ago
KERETA mangsa terbabas di bahu jalan dalam kemalangan kendiri.

SIBU: Seorang lelaki cedera selepas kereta jenis Toyota Avanza yang dinaikinya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di simpang masuk Jalan Sungai Bakong, semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut kira-kira 10.58 malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya dilokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki berusia 43 tahun masih di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan ‘spinal board’ dan memasang ‘cervical collar’.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Seorang pengsan, 16 alami pening dan pedih mata akibat tumpahan kimia
Next: Lelaki maut kereta rempuh pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.