Lelaki 47 tahun cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Miri-Bintulu

Facebook
WhatsApp
MANGSA berjaya dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam selepas terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Miri-Bintulu, awal pagi tadi. Foto BBP Miri

MIRI:  Seorang lelaki berusia 47 tahun cedera selepas terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Miri-Bintulu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.24 pagi itu, mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati berlaku kemalangan kendiri. Mangsa berusia 47 tahun telah berjaya dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam.

KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan kendiri Jalan Miri-Bintulu, awal pagi tadi. Foto BBP Miri

“Tiada operasi menyelamat dijalankan oleh pihak bomba dan pasukan hanya membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan terkawal dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan menggunakan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba.

Operasi ditamatkan pada 12.41 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Emosi tanpa sisi

EMOSI adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Kita boleh gembira, sedih, marah, kecewa, takut dan tersinggung. Semua perasaan ini normal dan