Legenda tenis Billie Jean King genggam ijazah pada usia 82 tahun

Facebook
WhatsApp
BILLIE Jean King akhirnya menamatkan pengajiannya di Universiti Negeri California, Los Angeles pada usia 82 tahun.

BERLIN: Ikon tenis Billie Jean King berjaya menamatkan pengajian di kolej pada usia 82 tahun, lebih enam dekad selepas menangguhkan pengajiannya untuk memberi tumpuan sepenuh masa kepada tenis profesional, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tahun lalu, King menyambung semula pengajiannya untuk menamatkan ijazah dalam bidang sejarah semalam, di Universiti Negeri California, Los Angeles.

“Adalah satu penghormatan untuk saya berada di sini sebagai anggota kelas graduan anda,” kata King pada majlis konvokesyennya. “Ya, akhirnya berjaya selepas 61 tahun.”

“Seperti ramai rakan graduan saya, saya ialah anggota pertama dalam keluarga terdekat yang berjaya menamatkan pengajian kolej, seperti kebanyakan anda.”

Sepanjang kerjaya aktifnya, King memenangi 39 gelaran Grand Slam iaitu 12 dalam perseorangan, 16 dalam beregu wanita dan 11 dalam beregu campuran.

Sehingga kini, beliau terus memperjuangkan kesaksamaan jantina dan sekian lama menjadi perintis dalam memperjuangkan kesaksamaan serta keadilan sosial. Beliau merupakan pengasas Persatuan Tenis Wanita (WTA) dan Yayasan Sukan Wanita (WSF). – Bernama

Google bakal uji cip AI di angkasa lepas

SAN JOSE, California: Google akan melancarkan sebuah satelit prototaip bagi menilai prestasi cip kecerdasan buatan (AI) syarikat itu di angkasa

Jejakmu masih ada

SETIAP yang bermula pasti akan tiba pada akhirnya. Begitulah hukum kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Ada pertemuan yang membuka jalan,